BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, August 5, 2011

PADA SUATU HARI : Ayam Madu , Sirap Limau 2

sambungan........


     Nampaknya semua dah ok. Makanan semua dah bagi kepada si pengirimnya, tunggu nak makan je lagi. Air sirap pun dah tersedia terhidang. Jam menunjukkan pukul satu tengahari. Cantik la ni, kalau makan lewat sangat rasa tak berbaloi pulak nak ponteng puasa. Bila masa berbuka nanti buat-buat la muka letih, mana orang tau.
     "kita ni nak ponteng puasa. serba salah pulak nak makan baca bismillah.
     Baru je suapan yang pertama, tiba-tiba pintu bilik kami diketuk. Masuk suapan kedua pintu dah kena terajang dah. Tergamam kami bila disergah oleh warden asrama.
     "amboi ! ni namanya makan group bukan study group ! "
     Mana dia tau aktiviti kami ni?
     Siapa yang dah pecah lubang ni?
     Atau mungkin ada antara kami update status facebook ' tengah makan tengahari di bulan Ramadan'.
     Warden terbau ayam madu ke masa terserempak kat bawah tadi?
     Rupa-rupanya warden dapat kesn jejak aku. Tanpa aku sedari rupanya sirap limau dalam beg tadi dah bocor. Dan dengan cantiknya titisan sirap tu jatuh ke lantai bermula dari tingkat bawah sampai la ke tingkat empat bilik aku. Tanpa susah-payah, warden ikut je mana air sirap tu menitis dan tau la siapa punya kerja.
     "selepas saya auji dengan asid sulferik cair, confirm ini sirap cikgu, bukan darah"
     "wah macam polis CSI la kamu ni cikgu yatim"
     Selepas dibicarakan aku didapati bersalah dan aku mendapat hukuman paling berat pasal aku la penganjurnya. Dendanya ialah membasuh toilet asrama, memotong rumput, siram pokok dan megecat bangunan asrama selama satu semester. Dan berkat keperihatinan aku menjaga asrams, setahun kemudian aku dilantik menjadi ketua asrama. Alhamdullillah.


SUDAH TERHANTUK BARU TERGADAH.
BELAJARLAH DARI KESILAPAN.


0 comments:

CLOCK +,+