BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, August 6, 2011

PADA SUATU HARI : Ayam Madu , Sirap Limau

" Sebuah kisah di bulan Ramadan, diceritakan oleh seorang insan yang sudah insaf."
    
     Bulan Ramadan datang lagi, maknanya tibalah bulan yang menguji kekuatan dan kesabaran kita. Masa tu aku duduk kat asrama. Bila dah jauh dengan mak ayah ni perangai kita pun kadang-kadang "over acting" la sikit.
     Hari tu balik dari sekolah, macam biasa aku uji kekuatan iman kawan aku Fakrul. Dan macam biasa, imannya senipis kulit bawang dibelah lagi tiga. Baru je aku cerita pasal ayam bapak aku kena langgar lori terus dia ajak aku ponteng puasa. Pantang betul dia bila disebut ayam.
     "tadi kau perasan tak pili air sekolah kita pecah?"
     "apa? air? mana...mana...? bila kita nak minum?    
     Sampai kat asrama, macam biasa, kami terus pergi ke bilik kawan-kawan kamcing kami yang lain untuk ambil order. Ini kira nak ponteng puasa secara berkumpulan la ni..... Masa ni boleh la buat bisnes sikit. Siapa yang nak order tu kami ambil la duit lebihnya sebagai upah. Kalau sorang lima posen atau seringgit, 10 orang lepas la dit nasi untuk kami berdua.
     "belikan aku nasi lauk ayam goreng dengan majalah wanita. keep the change."
     "bagi seringgit ada hati nak ayam goreng. nasi kosong pun belum tentu lepas ni."
     Kalau nak ponteng puasa ni setakat telan biskut kering dengan air kosong buat membazir je. Menu kegemaran kami ialah ayam madu dan sirap limau. Baru berbaloi nak ponteng puasa.
     Dah selesai ambik order, tugas aku la pulak nak membelinya. Kat mana lagi kalau bukan kedai mamak belakang sekolah tu. Bulan puasa ke Thaipusam ke, mana pernah tutup kedai ni.
     Untuk keselamatan aku pakai topi senang nak cover muka. Mana la tau terserempak dengan mak mentua nanti. Paling penting kena bawak satu beg galas yang dibiarkan kosong. Yela, takkan selamba biri-biri nak bawak dalam beg plastik masuk asrama. Nampak kat warden mau kena hukum jadi orang gaji dia, untuk satu semester.
      "kenapa time beli je aku  yang kena?"
     "pasal muka kau ' chinese look ' macam JAY CHAU. Orang tak tau maa...."

     Masuk je kedai mamak mesti pantas, yakin dan fokus pada matlamat asal. Jangan nak layan tengok bola pulak. Dengan muka tak bersalah aku order dan tunggu la sampai siap. Pastu campak je semua pesanan tu masuk dalam beg dan blah. Buat apa nak tunggu lama-lama. Kena sebu dengan pejabat agama kan mau besoknya muka aku kat muka depan surat khabar.
    "nasi ayam madu empat, sirap empat bungkus"
     "belum order lagi dah tau apa nak. nampak sanat dah selalu buat. tersa pulak aku."
     Sampai kat asrama hati ni dah meronta-ronta nak makan. Ayam madu ni, sebelum ni napak biasa je, tapi bila bulan puasa lain sikit goyangannya. Perut pun dah menyanyi.
     Masa nak naik tangga terserempak pulak dengan warden asrama. Dengan muka pelajar pintr, aku bagi salam dan terus panjat naik anak tangga. Nanti klau sembang lama-lama takut pulak warden terbau ayam madu.
     







 

0 comments:

CLOCK +,+